CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 26, 2011

Ilmu tarannum

Maksud tarannum dari sudut bahasa ialah lagu, nyanyian, dindangan, manakala dari segi istilah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang di pelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kecantikan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran.

قال رسول الله : " ليس منا من لم يتغن با لقرءان" .

Maksudnya :

Bukanlah dari golonganku sesiapa yang tidak melagukan bacaan Al-Quran

Sejarah perkembangan ilmu tarannum dengan Al-Quran

Sejarah tarannum dengan Al-Quran bermula dari sejarah turunnya

Al-Quran di Gua Hira’ pada tahun 610 masihi, yang mana Rasulullah S.A.W. membaca Al-Quran dengan baik, elok dan cantik. Baginda menyarankan kepada umatnya agar membaca Al-Quran dengan bertarannum, bertazyin dan bertahsin.

Bertarannum, bertahsin dan bertazyin dengan Al-Quran tersebut dipusakai dan dikembangkan oleh para sahabat nabi seperti Ibnu Mas’ud, Abi Bin Ka’ab, Salim Maula Abi Huzaifah, Abu Musa Al-As’hari kepada para tabi’in yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada tabi’ tabi’in dan seterusnya.

Pegembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lebih meluas oleh para tabi’in, seperti Alqamah Bin Qais di Kufah

( 62 Hijrah ), Abdullah Bin Saib ( 70 Hijrah ), Abu Abdul Rahman As-Salmi di Kufah

(73 Hijrah), Abdullah Bin I’yash di Madinah (78 Hijrah) dan lain-lain lagi.

Kemudian diterima dan disebarkan dengan meluas oleh para tabi’tabi’in seperti Omar Bin Abdul Aziz, Imam Muhammad Bin Idris Ash-Syafie, termasuklah imam-imam qiraat ( para-para qura’ ) seterusnya para guru-guru Al-Quran dan para qari dan qar’iah

Yang mu’tabar kezaman ini.

Pengajian ilmu tarannum dengan Al-Quran bekembang selaras dengan perkembangan agama Islam itu sendiri, ianya telah disebarkan oleh pedagang-pedagang Islam dari Negara Arab ke bumi melayu (nusantara)bermula pada qurun pertama hijrah (qurun ke-7 masihi / 648 masihi) semasa pemeritahan khalifah-khalifah Bani Umaiyah berkuasa di Negara Arab. Ianya telah menjadi bahan hiburan yang telah berakar umbi di nusantara trutama pada qurun 10-15 masihi, iaitu sebelum kedatangan penjajah barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan Jepun.

Bermula pada pertengahan qurun 20 masihi sehingga kini perkembangan agama Islam dan perkembangan pengajian tarannum dengan Al-Quran, tidaklagi bergantung kepada orang-orang Arab, malah boleh berdikari dengan sendiri sehinggakan boleh mencabar kmahiran orang-orang Arab dalam pembacaan Al-Quran secara bertarannum seperti didalam majlis musabaqah / tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang telah dianjurkan.

Lagu-lagu Tarannum Dengan Al-Quran Yang Mutawatir :

1) Tarannum Arab Hijazi :

Iaitu tarannum Arab yang berlahjah hijazi yang mana iramanya di pengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit- bukau suhu kepanasan yang agak tinggi, irama ladan rentaknya agak lebih lincah disamping nada suara yang meninggi kehagatan.

2) Tarannum Arab Misri :

Iaitu tarannum Arab yang berlahjah misri yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana Lembahan Nil yang subur menghijau dengan suhunya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut berkesupanan disamping nada suara yang sederhana kemanisannya.

Pengertian suara

Suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peparu menerusi alatsalur suara kerungga-kerungga mulut atau hidung, kemudian akan ditentukan buyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain.

Peranan suara ) (صوت

1) Memberi penyesuaian dengan kehendak bahasa Al-Quran.

2) Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat Al-Quran.

3) Memberi penyesuaian dengan irama lagu dan tarannum dengan Al-Quran.

4) Memberi penyesuaian dengan lahjah arab لهجة العرب) (

Tobaqat suara mempunyai empat tabaqat / tingkatan (طبقات)

1) Tabaqat pertama ialah suara yang berfungsi di dada atau suara nada qarar merupakan tingkatan suara rendah.

2) Tobaqat kedua ialah suara yang berfungsi ditegak atau suara nada nawa merupakan tingkatan suara sederhana.

3) Tobaqat ketiga ialah suara yang berfungsi di rungga hidung atau suara nada jawab merupakan tingkatan suara tinggi.

4) Tobaqat keempat ialah suara yang berfungsi pada rungga otak atau suara nada jawabul jawab (جواب الجواب) merupakan tingkatan suara tertinggi.

Kepentingan Dan Peranan Lagu Al-Quran

1) Untuk mencapai tahap ketartilan yang sebenar dan menambahkan kecantikan membaca Al-Quran.

2) Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai mukjizat terunggul dan terbesar.

3) Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan dikalangan pembaca, pendengar dan pencipta Al-Quran.

4) Untuk mendapat rahmat daripada allah dengan pemahaman isi kandungan Al-Quran sebagai hidayah.

5) Untuk penambahan seni Al-Quran sebagai daya tarikan masyarakat kepada pembaca Al-Quran.

Lagu-lagu Yang Popular Sebagai lagu Pokok

Lagu bayati, soba, hijaz, nahawan, rast, sika, jiharkah ini semua dinamakan lagu dasar atau lagu-lagu utama. Terdapat lagu-lagu furu’ atau lagu cabangan antaranya ialah lagu ajam, syura, kardi, husaini, bustanjar, Iraqi, nawa asar, zanjaran, romal, isyaqi dan lain-lain lagi.

Sejarah Lagu-lagu Tarannum

1) Lagu Bayati

Perkataan “bayati” berasal dari kalimah arab yang bererti rumah (permulaan kepada

Segala lagu). Wujudnya lagu bayati dari kumpulan lahan Misri, ianya dimasyur dan

dipopularkan oleh qari-qari Misri.

2) Lagu Soba

Perkataan “soba” berasal dari kalimah arab yang bererti rindu. Lagu soba diamalkan

dalam kumpulan lahan Misri, ianya dikemaskinikan dan di masyurkan oleh qari-qari Misri.

3) Lagu Hijaz

Nama “hijaz” berasal dari suatu kawasan didalam negara Arab Sau’di. Ianya

diubahsuai dan dimasyurkan oleh pakar-pakar tarannum Misri dengan alunan yanglebih menarik.

4) Lagu Nahawan

Nama “nahawan” berasal dari satu tempat di daerah Hamdan didalam Negara Parsi. Lagu nahawan ini juga dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq budaya tempatan dan diubahsuai oleh pakar tarannum Misri seperti

dihayati sekarang.

5) Lagu Rast

Nama “rast” berasal dari negara Parsi, pada waktu itu telah diubahsuai dan diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum lahan Hijazi dengan dipopularkan keseluruh dunia Islam mengikut lahan Hijazi. Di samping itu, lagu ini telah diubahsuai semula oleh pakar-pakar tarannum Misri dengan cara persembahan yang lebih lembut dan dan minat denagan dipopularkan keseluruh dunia Islam sehingga kini.

6) Lagu Sikah

Nama “sikah” berasal dari negara Parsi. Ianya telah diubahsuai dan diterima pakai oleh

Pakar tarannum Hijazi. Lagu ini juga dipopularkan kepada seluruh qari \ qariah

mengikut lahan Hijazi bermula qurun ke-7 hingga ke-19 masihi dan diubahsuai oleh

pakar tarannum lahan Misri dengan alunan yang lebih lembut kemudiannya hingga sekarang.

7) Lagu Jiharkah

Nama “Jiharkah” berasal dari negara Parsi dan diterima pakai oleh qari negara Hijazi

dengan pengubahsuaian, Ianya dimasyurkan oleh qari-qari Mesir dengan bentuk yang

lebih lembut.

Pengertian Istilah-istilah Dalam Alunan Tarannum

1) Maqam (مقام)

Nama kepada satu-satu lagu yang biasanya lahir dari sesuatu tempat, kampung atau daerah di dalam sesebuah wilayah, negeri atau negara.

2) Harkat (حركة)

Sesuatu gerak bacaan dalam satu nafas yang disudahi dengan mahattoh محطة) ( yang sempurna.

3) Mahattoh (محطة)

Penghujung atau penutup kepada harkat atau lagu.

4) qit’ah (قطعة)

Suatu gerak bacaan yang pendek tanpa mahattoh, gabungan beberapa qit’ah lengkap

dengan mahattoh boleh menghasilkan satu harkat yang baik.

5) Burdah (البردة)

Bunga lagu atau suara sama ada asli atau sina’i berbentuk halus, sederhana atau kasar,

Jarang atau rapat mengikut kesesuian.

6) Iqtilalul Lihan (اختللآل اللحن)

Satu gaya atau cara bacaan kesumbangan tali suara atau lagu yang sengaja di buat

untuk memanis dan mencanggihkan lagi persembahan.

7) Salalim Su’ud سلالم الصعود) (

Jalan atau tangga suara atau lagu meningkat naik (tanga mendaki).

8) Salalim Nuzul (سلالم النزول)

Jalan atau tangga suara dan lagu menurun

9) Tobaqat (طبقات)

Tingkatan-tingkatan suara sama ada rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi.

10) Zuq (ذوق)

Rasa kepuasan sesuatu persembahan sama ada dari pembaca atau pendengar.

11) Lahjah لهجة ) (

Pelat kearaban

12) waslihi ( وصله )

Gabungan dua lagu atau lebih yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu Harkat.

Tobaqat Atau Tingkatan Suara Terbahagi Kepada Empat :

1) Tobaqat rendah (suara dada) dikenali dengan tobaqat qarar.

2) Tobaqat sederhana (suara tekak) dikenali dengan tobaqat nawa.

3) Tobaqat tinggi (suara rongga hidung) dikenali dengan tobaqat jawab.

4) Tobaqat tertinggi (suara rongga otak atau kepala) dikenali dengan tobaqat jawab jawab.

Harkat-harkat lagu :

Harkat tarannum ialah suatu gerakan-gerakan lagu bacaan dalam satu nafas yang disudahi dengan mahattoh yang sempurna. Kebiasaan susunan harkat sesuatu lagu atau tarannum itu mempunyai minimanya empat harkat dan maksimumnya terserah kepada pembaca untuk melakukannya.

1) Harkat pertama dinamakan harkat penerapan atau pengenalan.

2) Harkat kedua dinamakan harkat atau gerakan rangsangan.

3) Harkat ketiga dinamakan harkat jawab.

4) Harkat keempat dinamakan harkat jawab jawab

5) Harkat kelima dinamakan harkat persediaan.

6) Harkat keenam harkat penutup

0 comments: