CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 17, 2008

salam pertama

salam pertama bicara permulaan.
sebagai mukadimah langkah perjuangan.
blog diwujudkan bukan mainan.
untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan.

dari laman bertukar laman.
banyak blog menjadi persinggahan.
sekadar ziarah juga mencari teman.
sebagai memenuhi satu tuntutan.

keutamaan akal ialah kebijaksanaan.
menerjah dunia tanpa sempadan.
dari blog dakwah disebarkan.
semoga bermanfaat untuk sahabat taulan.

petunjuk diberi iaitu al-quran.
sunnah diikuti sepanjang zaman.
memanfaatkan bakat anugerah Tuhan.
bertambah ilmu hasil penulisan.