CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 30, 2010

Sakitnya mati

Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana
kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam
mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa
ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya
dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat
keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya
diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap
tanggungjawab
dan amanah yang dipikul akan ditanya
satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.


Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat
dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda,
maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan
keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali
tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan
kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah
tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga
ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya,
pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah
hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini
tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari
perbandingan kesakitan maut,malah beribu-ribu kali lebih sakitnya
daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut
oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu
diamalkan.

Antaranya:-
Sebelum tidur:

1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri

0 comments: