CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 2, 2010

Muhasabah: Tujuan sebenar berjuang

Bismillahirahmanirahim.




Saya tertarik dengan sajak ini, dan ingin berkongsi dengan semua. Sama-samalah kita muhasabah kembali diri kita.


Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan
Tuhan pencipta alam,
Agar Dia disanjung, dicintai,
disembah dan dijadikan idola,

Selepas itu hendak kenalkan syariatNya,
untuk keselamatan manusia,
Agar manusia hidup bersatu, berkerjasama,
harmoni dan bahagia,

Berjuang bukan kerana ekonomi,
membangun dan berkemajuan,
Ia merupakan sampingan sahaja,
kalau boleh dijadikan untuk tuhan,

Berjuang mengajak manusia membesarkan akhirat
mengingatkan manusia,
akhirat tempat akhir buat insan,
Di sana tempat kekal abadi,
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka,

Itulah dia tugas-tugas para da'i,
mubaligh-mubaligh dan ulama,
Mengajak manusia menyembah Tuhan,
Jalan dan caranya itulah syariatNya,

Jangan membesarkan tuhan atau menyembahNya
cara yang kita reka-reka,
Sekalipun yakin betul, tapi tersesat jalannya,
Ingin kepada tuhan, jalannya telah dinyatakan
dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri,
tidak sampai kepadaNya

Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh
di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur
yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung
dan dibesarkan

Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabilillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak mencari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka



"Ya Allah kurniakanlah kami niat yang murni dan ikhlas dalam melakukan setiap pekerjaan"

Kita berjuang kerana untuk mengenalkan Allah kepada semua hambanya yang lupakan asal-usul mereka, bukan kerana ekonomi, politik dan sebagainya kerana semua itu hanyalah sampingan semata-mata.

0 comments: