CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 2, 2010

Kisah untuk para doktor Islam

Bismillahirahmanirahim.


Kisah ini diambil dari kitab Mukasyafatul qulub karangan Imam Al-ghazali Rahimahullah
(Bab Kesebelas: Perihal Ketaatan dan kecintaan kepada Allah dan Rasulnya)

Diceritakan bahawa setengah dari kalangan para shalihin tersempak dengan sekumpulan orang ramai, disitu terdapat seorang doktor sedang menunjukkan beberapa jenis penyakit dan penawarnya.

Maka ia(orang shalih) pun berkata: "Wahai orang yang mengubati penyakit, bolehkah anda mengubati penyakit-penyakit hati?"

Doktor itu menjawab: "Ya, boleh. Terangkanlah padaku penyakitnya."

Orang shalih itu pun berkata: "Hati itu telah digelapi oleh dosa-dosa, maka ia menjadi keras dan kering. Adakah baginya sebarang ubat?"

Doktor itu menjawab: "Ubatnya ialah menyesal diri dengan merayu,mengadu dan beristighfar kepada Allah siang dan malam, dan segera melakukan perkara-perkara ketaatan kepada Allah Maha Besar lagi Maha pengampun, memohon keampunan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Maka inilah penawar hati dan ubat daripada Tuhan alam ghaib."

Lelaki Shalih itu menjerit lalu pergi dari situ sambil menangis ia berkata: "Benar, wahai doktor, engkau telah menyembuhkan penyakit hatiku."

Jawab doktor itu: "Ini penawar hati bagi orang yang bertaubat dan ia pulang bersama hatinya ke pangkuan Tuhan Yang Maha Baik lagi Maha Pengampun."

p/s: Para doktor muslim seharusnya dapat merawat penyakit fizikal dan juga penyakit rohani kerana Allah mengurniakan iman berbanding doktor yang bukan muslim. Dengan iman dan makrifat kepada Allah, seseorang itu dapat memahami perjalanan hati seorang insan, dan seterusnya dapat mengubati penyakit-penyakit hati yang wujud sepanjang perjalanan kita menuju Allah.

0 comments: