CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 22, 2010

Akhlak Hamlatul Quran

utarakan pandangan anda...

Akhlak kita tak seindah kata dan tak seindah bicara…beginikah?? @ sebenarnya bagaimana??

Salam 'alaik akhawat wa ikhwan fillah…

"Keruntuhan akhlak dikalangan hamlatul quran yang sekarang ini kian meruncing. Apa peranan dan tanggungjawab mereka ini sebenarnya? Besar. Sangat besar. Ana mohon pada sesiapa yang boleh memberi cadangan juga pendapat untuk kita kongsi bersama" Ana tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan oleh sahabat kita ini, ana cuba menulis untuk sama-sama kita kongsi dan muhasabah arah dan tujuan kita sebenarnya…ittijah dan hadaf… Ingat hadaf utama kita diciptakan…Dari mana kita datang? untuk apa kita diciptakan? dan kemana kita akan dikembalikan? Mohon sama-sama kongsi idea dan pendapat yang bersarang di minda masing-masing…

Alhmdulillah syukur kerana masih dikurniakan ALLAH berbagai-bagai nikmat sehingga sampai saat dan ketika ini, nadi masih berdenyut…nikmat iman dan Islam dapat dirasai…Cuma manusia tidak mensyukurinya atas kelalaian diri sendiri…

(يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك و على طاعتك)))

اللهم أرنا الحق حقا وارزقنا اتباعة وأرنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابة...آمين.

Apa khabar agaknya iman kita di waktu dan ketika ini?

Adakah sihat seperti mana jasmani kita? Atau sedang sakit? Jika sakit…tahap apakah sakit itu? Biasa @ kritikal? Sedarkah kita? Atau masih dalam lena dibuai mimpi yang indah…jika sedang enak di lamun cinta dengan perhiasan dunia…mata pulak dikaburi dengan keseronokan dan nikmat dunia sementara ditambah pula dengan nafsu yang meronta-ronta minta dibebaskan…ayuh bangun segera!!…jika badan kita rasa sakit, kita segera sahaja mencari penawarnya…pantang sakit sedikit, ada sahaja alasan untuk tidak hadir kelas dan sebagainya…ada sahaja alasan untuk tidak tunaikan kewajipan harian…betul atau salah…kita semua pernah dan sedang melalui zaman-zaman ini…sedarkah kita yang iman kita juga memerlukan penawar segera dan istimrar (berterusan), jika tidak segera diubati akan menjadi semakin parah…iman kita sedang menangis kerana sakitnya amat kritikal sekali…sampai bila lagi nak tunggu…dibiarkan tanpa ada ubat…

Kita selalu sahaja lapar…nak makan…pergi ke medan selera @ mana tempat yang boleh dijumpai makanan…erm…alhamdulillah dah kenyang baru boleh belajar…makan untuk hidup dan dapat beribadat dengan baik serta perlu laksanakan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ALLAH ini…tapi kadang-kadang terbalik…boleh jadi hidup untuk makan (na'uzubillah)…sebab sebenarnya makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang…tapi kita makan sebelum lapar berhenti bila dah kenyang sangat…maka malas terus merajai diri…hakikatnya rohani juga sentiasa lapar dan memerlukan makanan…kita sahaja sering lupa…manusia memang selalu lupa…tapi jangan sampai lupa asal usul…jangan lupa iman kita sedang sakit tenat…sudah carik dan rosak disebabkan perbuatan-perbuatan kita yang sebenarnya kita tahu tapi lalai dek nafsu dan keseronokan di dunia yang sementara ini…sudahkah kita tunaikan kewajipan sebagai khalifah ALLAH yang telah ditaklifkan ke atas setiap orang dari kita di atas bumi ALLAH ini??

Kesimpulan dari kehidupan seharian kita…semalam tidur lambat…alasannya nak cari modal untuk esok…hakikat sebenarnya tidur lewat…mula-mula borak-borak dulu, makan-makan…sedar tak sedar dah pukul 2 pagi…esok nak ke kelas…modal tasmi' tak lancar lagi...subuh entah pukul berapa?? Sudah semestinya subuh gajah...cepat-cepat bersiap ke kelas…tasmi' satu muka jelah dulu…xlancar lagi @ esok sahaja…masuk kelas madah…fikiran melayang entah ke mana?? Ustaz kat depan, dalam otak terfikirkan perkara lain…balik kelas jalan-jalan dulu…study? Tunggu exm lah..bila ada program-program ilmiah…tak boleh pegi…nak cari modal…esok takut ustaz @ ustazah marah…hakikatnya…borak-borak kat bilik berjam-jam…tengok cerita dulu…tengok cd…surf internet dan sebagainya…modal tasmi'?? lupa entah ke mana…masa berlalu begitu pantas tanpa menunggu kita…sedar xsedar dah nak final exam (imtihan nihaie)…muqarrar al-quran belum habis…masa ni semuanya rajin-rajin…dari pagi sampai petang bermukim di kelas…sibuk-sibuk cari ustaz dan ustazah nak tasmi'…memang boleh dapat anugerah pelajar paling rajin… tak cukup di kelas malam beriktikaf pulak di masjid @ surau dan sebagainya…sebabnya nak habiskan cepat muqarar al-quran…kalau tak sempat habis kena tangguh pulak…buku xbaca lagi..tersimpan kemas dirak @ dalam beg…esok nak exam baru baca…nilah rahsia pelajar paling cemerlang…apa yang kita kejar sebenarnya?? Pointer @ ilmu?? Sijil dunia @ sijil akhirat?? Tertulis kemas pelajar tahfiz al-Quran...hakikatnya al-quran hanya sekadar hafalan exam…tidak terikat kemas di dada…ilmu fi sutur bukan fi sudur…inikah yang kita mahu??

Ya ALLAH bantulah kami…kami selalu sahaja lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini…selamatkanlah kami dari tipuan duniawi…hasutan syaitan…kami selalu sahaja mengikut nafsu…kami lemah ya ALLAH…

Sedar tak sedar sebenarnya masyarakat memandang kita sebagai model…kerana apa?? Kita mengahafaz bukan sahaja 1 ayat tetapi 30 juzuk…beribu2 ayat..bayangkanlah…al-Quran itu adalah sesuatu yg amat mulia…bagaimana nak masuk dengan hati yang kotor?? Jiwa yang lalai?? Kalau akhlak sudah rosak…bagaimana mahu menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat… al-Quran itu suci jangan kita kotorinya dengan perbuatan-perbuatan kita…

Dalam surah as-soff ALLAH memperingatkan kita yang maksudnya :

amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.

Ingatlah Nasihat waqi' kepada imam syafie apabila dia mengadu kepada waqi' tentang kesusahannya dalam menghafal :

شكوت إلى وقيع السوء حفظ

فأرشدني إلى ترك المعاصى

فأخبرني بأن العام نور

ونور الله لا يهدى للعاصى

Ya ALLAH malunya kita…Imam syafie yang hanya tertengok tumit seorang perempuan sahaja sudah merasakan susah untuk menghafal…kita bagaimana?? Kehidupan seharian sahaja penuh dengan noda dosa…hati kotor…maksiat hati bila teringat-ingat perkara yang melalaikan…maksiat mata bila tengok benda-benda yang xelok…maksiat mulut bila bercakap benda-benda xsepatutnya…mengumpat sana-sini…maksiat telinga bila dengar perkara yang xsepatutnya…al-quran yang sepatutnya dijadikan halwa telinga, lagu yang melalaikan pulak yang dilazimi…maksiat tangan bila menaip mesej-mesej kepada si 'dia'…sayang,rindu dan sebagainya…'couple' berleluasa…hafal quran tapi ber'couple'…bagaimana tu?? Setiap hari baca ayat-ayat ALLAH…tapi…dalam masa yang sama…buat jugak maksiat…Mencampurkan hak dengan yang batil…nk cabar hukum ALLAH ke? (na'uzubillah) Kalau mahu mudah menghafal, kata waqi' tinggakan maksiat… Mana identiti pelajar islam?? Hilang nilai diri entah ke mana…melayang-layang, terawang-awang di alam fantasi ciptaan sendiri…inilah keruntuhan akhlak di kalangan hamlatul quran…ramai yang apabila ditegur mengatakan 'jangan masuk campur hal orang'. bagi yang ber'couple' pulak…takutlah dengan inzar dari ALLAH dalam surah al-israk…Wala taqrabuzzina.. (jangan kamu mendekati zina)…sms,ym,frenstr dan sebagainya (tanpa ada tujuan yang dibenarkan) yang menjerumuskan kearah itu adalah zina dan salah dalam hukum islam…perlu diingat dan faham…ALLAH meletakkan perkataan 'taqrabu' (mendekati) bukan 'ta'malu'(membuat)…jadi semua perkara yang menjurus kearah itu adalah salah… Matlamat tidak menghalalkan cara…ISLAM itu tinggi dan tidak ada yg lebih tinggi darinya…

Akhwat dan ikhwah fillah,

Jasmani dan rohani perlu perlu seiring untuk menjadi khalifah yang betul-betul melaksanakan tanggungjawab yang telah ditaklifkan…setidak-tidaknya bangun malam perlu untuk memberikan kita kekuatan dalam menghadapi mehnah hidup dunia ini…sekurang-kurangnya solat tahajjud 2 rakaat…memang susah tapi sama-sama kita cuba amalkan…kalau diwaktu exam, kita sanggup berjaga malam semata-mata untuk study…(satu malam sahaja boleh habis satu buku…kalau hari-hari lain satu helai pun dah letih)…tapi bila dah habis exam, nak berjaga malam pun payah…kerana sedang nyenyak tidur di katil empuk dibuai mimpi yang indah… iman kita sekarang sedang sakit…sedarkah kita?? @ masih dibuai mimpi yang indah…

Kadang-kadang membaca sehari sejuzuk pun kita tidak mampu (selain dari muQarar @ hafalan tasmi') inikan pula nak istimrar mengulang…adakah mengulang hanya sekadar untuk exm?? Untuk mendapatkan 4.0 dalam sijil dunia?? Klu begitu batalkan saja niat kita untuk menghafaz…kerana disebabkan kitalah datangnya fitnah kepada Al-Quran…

Ayuh sama-sama kita intropeksi n koreksi diri kita…adakah kita benar-benar menghayati dan beramal dengan al-Quran yg kita hafaz?? @ hanya sekadar untuk exm? @ sekadar inginkan nama sebagai hafiz @ hafizah?? Di mana nilai diri kita sebenarnya…ayuh bangkitlah wahai hamlatul Quran…janganlah asyik dibuai dengan mimpi-mimpi yang indah sahaja…sedar dan bangkitlah…apakah sebanarnya tujuan kita menghafaz al-Quran??…klu hanya sekadar inginkan nama…lebih baik berhenti daripada mendapat laknat ALLAH akibat perbuatan-perbuatan kita yang kadang2 bukan kita tidak tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu dek kerana seronok dengan nikmat dunia yang fana dan sementara ini…sudahlah tidak ingat apa yang kita hafal ditambah pula dengan akhlak yang teruk…kita sebenarnya perlukan teman yang menjadi cermin kepada diri kita…teman yang boleh membawa kita arah kebaikan…bukan teman yang boleh menjerumuskan kita ke neraka…

Internet memang melalaikan…oleh itu, jadikanlah internet ini sebagai medan untuk kita bertukar-tukar pendapat dan menambahkan ilmu yang semakin lama bukan semakin bertambah tetapi semakin berkurang dek kurangnya pembacaan kita…moga sedikit sebanyak memberi manfaat berguna kepada kita…bukan sekadar berkenal-kenal kosong…ber 'ana' 'enti' ber 'saya' 'awak'…itu ikhtilat namanya…ini bukannya peraturan ciptaan manusia tetapi syariat yang telah ditentukan ALLAH…apakah kita mahu melawan pencipta kita??

Jaga mata kawal hati didik diri (pinjam dari tema kempen Aku Tanpa Ikhtilat (ATI), Persatuan Mahasiswa Malaysia AL al-Bayt (PRISMA) MafraQ, Jordan).

Tepuk dada Tanya iman ye…bukan Tanya selera…

Sekian sahaja…Insan yang hina hamba yang dhoif…yang selalu lalai dan tertipu dengan perhiasan duniawi yang selalu lemah dengan mehnah dunia…maaf dipinta andai terkasar bahasa…kalau ada yang salah sila betulkan…hanya sekadar renungan kita bersama…bukan untuk dibaca tetapi untuk sama-sama fikirkan hakikat sebenar yang melanda diri kita…bukan tsunami…bahkan lebih teruk dari itu…sama ada bertepatan dengan diri kita @ tidak…tanyalah diri kita…nilailah dengan mata hati…bukan dengan hawa nafsu…sama-sama kita intropeksi dan koreksi diri kita…surah azzariyat ayat 55,

Maksudnya : dan tetap tekunlah Engkau memberi peringatan, kerana Sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang Yang beriman.

…kearah memperbaiki diri, berubah dan memantapkan generasi al-Quran…jom berubah dari sekarang… upgrade our iman..selalu tajdid niat…pergantungan hanya pada ALLAH..segala-galanya hanya kerana ALLAH…

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah

Allahu Akbar! La haula wala quwata illa billah hil aliyil aziim...

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
Dengan kain kafan yang serba putih!
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
Usunglah dirimu ke tikar Solat....
Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....
Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
Bukan yang pergi!

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....
Kamu tetap memijak bumi Allah!
Dan dibumbungi dengan langit Allah!
Serta menikmati rezeki Allah!
Justeru bila Dia menyeru,....
Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
Ingatlah kamu dahulu hanya....
setitis air mani yang sangat hina!

Lalu menjadi segumpal darah!
Lalu menjadi seketul daging!
Lalu daging itu membaluti tulang!
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
Yang kalau jatuh ke tanah ayam tak patuk itik tak sudu!
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
Dengan penuh rela dan bersedia!
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....
Menjadi bekal sepanjang jalan!
Menjadi teman di perjalanan.. ..
Guna kembali ke pangkuan Allah!

Pada hari itu tiada berguna....
Harta, tahta dan putera/puteri. ...
Suami/isteri, kad kredit dan kereta....
Kondominium, saham dan niaga....
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!

"Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikan"

Sunday, October 10, 2010

sekian lama...

assalamualaikum warahmatullah..

pertama-tamanya..mengikut kiraan hampir 2tahun blog ni terpaksa di'koma'kan..kengkangan masa amat membatasi untuk 'memulihkan'nya kembali..tapi kini ALHAMDULILLAH diizinkan oleh ALLAH SWT untuk ana menggerakkan jemari ini untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat .insyaallah..syukran wa jazakallah atas kunjungan kalian..

MAKIN MENJADI-JADI!!

Operasi ISMA semakin membiadap apabila pelajar kita disuruh untuk ditinggal bersama dengan mereka sendiri dengan anggapan bahawa itu adalah kehendak pelajar-pelajar sendiri. Hujah dan alasan tersebut agak basi di telinga saya kerana sekian lama kita berdepan dengan hujah yang lapuk ini. Tak ada hujah lain ke? Datang dengan tidak diundang, kemudian meminta kita untuk dibawa sahabat baiknya dari Malaysia tinggal bersama-sama mereka. Kononnya kenalan lama. Tetapi malangnya tujuan mereka tidak disepakati bersama. Salah seorang dari mereka mengatakan kedatangan mereka ‘under’ ISMA manakala yang lain mengatakan ‘under’ peribadi (kawan suruh datang ambil). Pelik! Sekejap macam ini, sekejap macam itu. Apa salahnya kalau diberitahu tujuan sebenar kehadiran kalian ke markaz DPM? Bagi saya tujuan kalian kurang jelas!

Sudah dimaklumkan dan diketahui umum bahawa DPM telah diamanahkan oleh pihak pengurusan dari Malaysia untuk menguruskan kedatangan dan kehadiran serta penempatan mereka di bumi Ambiya’ ini. Perkara ini tidak perlu melibatkan individu lain. Cukup sekadar DPM, BKAN yang terlibat dan pihak di Malaysia (pengurus). Namun masih ada kaki-kaki dan tangan-tangan yang saya anggap bersih sebelum ini menjadi kotor apabila cuba untuk masuk campur dalam isu pengurusan ini. Ini dikira sebagai tidak ada sikap BERADAB dan ketidakpercayaan kepada pihak pengurusan. Baik pelajar yang hadir dengan pengurusan DPM atau kakak-kakak dan abang-abang dari persatuan yang kurang kami kenali identitinya iaitu ISMA.

Bagi pelajar-pelajar yang cuba hadirkan diri dengan pihak pengurusan yang telah kalian ikuti. Diminta untuk memahami dan mempercayai akan proses pengurusan khidmat yang telah kami sediakan kepada kalian. Kekecewaan meratah dijiwa apabila sikap kalian sebagai orang yang diamanahkan untuk kami mengurus tidak dipersetujui atau tidak dipercayai oleh pihak kalian. Apakah salah kami? Apakah kekurangan kami? Sila komen atau berikan pandangan-pendangan supaya kami dapat mengubah keadaan yang kalian tidak sukai.

Tahun lepas kita dibelenggu dengan masalah pelajar Qiraat yang tidak dapat menduduki peperiksaan bagi tahun pertama di bumi Mansurah dan Syubra. Perkara ini ada kaitan dengan pengurusan. Ini kerana pihak yang menguruskan pengajian kalian adalah pihak Al-Azhar. Dan dari pihaknya untuk kita membuat pengurusan kuliyah secara serentak, bukan secara berasingan. Pada sesi lepas, terdapat segelintir pelajar Qiraat yang tidak sabar-sabar untuk keluar dari pengurusan ini cuba membuat prosuder pengurusan kuliyah under persendirian (ini adalah makluman dan alasan dari pelajar tersebut). Alasannya beliau tidak suka untuk mengikuti pengurusan yang kita sediakan. Malangnya, pada saat akhir peperiksaan ingin bermula, beliau dan juga sahabat-sahabat beliau yang tidak ada kaitan dengan sikap beliau tidak dapat mengambil peperiksaan secara keseluruhannya. Ini merupakan fakta! Kenapa perlu menyusahkan sahabat-sahabat yang lain?

Bagi sahabat-sahabat Qiraat yang baru hadir pada sesi ini, suka saya sebutkan di sini bahawa proses kedatangan yang kalian sepakati di Malaysia merupakan tanggungjawab kami dengan pengurus di Malaysia. Masakan bukan tanggungjawab kami sekiranya kalian datang degan pengurusan yang bukan dari pihak kami. Bukankah itu mudah sekiranya kalian datang ‘under’ ISMA sendiri pada bulan Jun dan Julai sekiranya anda ingin bersama mereka? Dan bukankah mudah sekiranya kalian datang sendiri tanpa meminta pertolongan sesiapa pun sekiranya kalian ingin hidup bersendirian tanpa berjemaah? Ini amanah kalian! Kenapa perlu belot dengan perjanjian yang kalian telah sepakati? Ingin menambah dosa?! Kami punya amanah dan kalian juga punya amanah! Laksanakan amanah mengikut posisi masing-masing.

Saya telah mendapat satu alasan dari salah seorang pelajar ISMA yang menyatakan bahawa kehadirannya melalui DPM adalah semata untuk menuntut zakat negeri. Kalau tidak mengikuti proses malalui DPM, maka proses zakat tergendala. Ini menunjukkan bahawasanya kalian hanya mementingkan diri sendiri. Bermatlamatkan zakat sehingga menyusahkan pihak pengurusan. Kalian dianggap menzalimi dan mencabul hak pengurusan. Kerana zakat yang dikejar-kejar, sanggup menyusahkan pihak atasan. Apa salahnya sekiranya kalian mengikuti sementara prosuder-prosuder pengurusan zakat tersebut? Ingat, matlamat tidak menghalalkan cara kalian!

Dari dulu hingga sekarang, ISMA asyik seronok bermain-main dengan DPM dalam hal yang berkaitan dengan kes ambil-mengambil pelajar. Cuba kalian bertanya pada pihak DPM atau ISMA, adakah pihak DPM pernah mengambil pelajar-pelajar yang datang melalui pengurusan ISMA pada bulan 6 dan 7? Pernahkah sekali DPM berbuat demikian? Tidakkah kalian pelik atau persoalkan kenapa DPM tidak melakukan sedemikian rupa? Bagi saya, DPM bertindak atas dasar professional kerja. Tidak menggangu dasar pemikiran pelajar. Ini kerana PMRAM yang menaungi DPM menakluki seluruh mahasiswa/wi yang datang dengan pelbagai aliran pengajian dan pemikiran. Tetapi ini tidak menunjukkan bahawasanya PMRAM mahupun DPM tidak melaksanakan aktiviti-aktiviti pentarbiyah kepada ahlinya.

Baru-baru ini, kita diberitahu bahawa pihak pengurusan DPM tidak dibenarkan mengganggu pelajar Yayasan Terengganu sehingga mana tarikh 27 September belum tiba. Ini kerana mereka akan mengadakan aktiviti kepada anak-anak negeri mereka dengan cara pembawakan mereka sendiri. Selepas tarikh tersebut, kita diberi peluang oleh pihak mereka untuk kita bersama-sama beramah mesra dengan pelajara-pelajar terbabit. Dengan perjanjian yang dibuat, kita tidak memungkirinya. Kita tidak menyerbu, merampas atau melarikan pelajar-pelajar terbabit dari mereka. Bahkan kita merasakan ianya merupakan satu bantuan sokongan mereka terhadap kita untuk memastikan pelajar-pelajar baru ini mendapat pendedahan penting untuk merantau di bumi Mesir ini. Syukur. Tapi bagaimana pula dengan mereka (ISMA)?

Buat akhirnya, di sini saya ingin memohon dan menyeru sahabat-sahabat agar berfikir secara positif dan matang sebelum melakukan sesuatu tindakan. Jangan kerana sikap kepentingan diri menyebabkan kesusahan menimpa diri orang lain. Perkara ini dihitung oleh Allah SWT di akhirat kelak. Silap-silap kalian pula akan mengalami posisi yang sama atas balasan Allah terhadap apa yang kalian lakukan sebelumnya.

(sumber asal : blog junjungan setia )

sejujurnya dari ana sendiri:
setelah terlalu banyak perkara yang berlaku..yang sangat menyakitkan hati..tindakan yang tak sepatutnya seorang yang faham agama lakukan..& hakikat nya itulah yang mereka telah,sedang & akn berterusan melakukannya..konon nya niat mereka baik..tapi kenapa sampai sanggup memecah belahkan orang lain??tarik sana..tarik sini..semuanya kerana ada sifat pentingkan diri!!
kalau betul lah rasa diri membawa wadah perjuangan,kenapa tak kelihatan langsung adab,tatasusila & nilai diri seorang pejuang..sedarlah..MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA..BERFIKIRLAH DENGAN PEMIKIRAN SEORANG MAHASISWA..BUKAN PEMIKIRAN KANAK-KANAK TADIKA..ingatlah..PEMUDA/I PEMACU MASA DEPAN..jgn sia2kan usiamu dengan sesuatu yang tak berfaedah & tak memberi manfaat..

>>"tak kan surut walau selangkah..tak kan henti walau sejenak..cita kami hidup mulia atau syahid mendapat syurga.." <<