CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 13, 2011

3,000 pelajar Kuin berdemonstrasi


PELAJAR Kuin mengadakan demonstrasi secara aman di kolej itu di Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Kira-kira 3,000 pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini mengadakan demonstrasi di dewan utama kolej semalam selepas tidak berpuas hati dengan pihak pentadbiran yang didakwa mengabaikan keselesaan dan kebajikan mereka.

Demonstrasi sempena majlis Himpunan Mega Mahasiswa itu diketuai oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kuin, Mohd. Faiz Arshad.

Pada demonstrasi aman itu, pelajar melaungkan 'hidup mahasiswa, hancur kezaliman' sambil memegang sepanduk 'kami sayang insaniah, insaniah sayang kami?' selain sepanduk yang menunjukkan gambar mi segera dengan perkataan 'ini saja yang mampu kami jamah'.

Sebanyak 28 masalah diutarakan seperti kenaikan yuran pengajian, kemudahan pembelajaran tidak mencukupi, tandas kotor dan rosak, terpaksa belajar di dewan kerana kekurangan kelas dan perkhidmatan pengangkutan tidak memuaskan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.


Ape komen orang ramai??? Ape fikiran orang ramai terhadap kuin????

Pelajar KUIN Seramai 3,000 Orang Tunjuk Perasaan-Ini Calar Imej Institut Islam

3,000 pelajar KUIN (Kolej Universiti Insaniah) memilih untuk membuat demonstrasi tunjuk perasaan kerana tidak puas hati dengan pihak pentadbiran kolej, alasannya, pentadbiran kolej ‘cekik darah’ kerana mengabaikan kebajikan pelajar. Selama ni KUIN terkenal sebagai sebuah institut pengajian tinggi bercirikan Islam, dari analisa kami bila 3,000 pelajar dah start buat demo tunjuk perasaan macam ni di dalam sebuah pusat pengajian tinggi bercirikan Islam,ia mencalar imej keIslaman yang dibawa oleh KUIN, menampakkan sebuah institut pendidikan Islam terlalu ambil untung dengan mengenakan yuran tinggi selain tidak ambil kisah dengan kebajikan pelajar, jika kesemuanya OK pasti pelajar tidak naik bising begini. Dah lama negara kita tidak digemparkan dengan demonstrasi pelajar yang menunjuk perasaan. Pelajar KUIN ni hanya tunjuk perasaan dengam menayang sepanduk beserta kain rentang serta melaungkan rasa tidak puas hati seperti dalam gambar, nasib baik tidak mengadakan rusukan atau tunjuk perasaan ektreme hingga merosakkan kemudahan awam.


ANDA FIKIR.......WE LOVE KUIN...

0 comments: