CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 25, 2010

PENGENALAN ILMU QIRAAT



Taa'rif
Bahasa :

Ilmu Qiraat berasal daripada perkataan Bahasa Arab bersifat jamak (plural) bermaksud bacaan

Istilah:

Ialah satu ilmu tentang cara melafazkan kalimat-kalimat Al-Quran serta pelaksanaannya dengan menisbahkan setiap bacaan kepada seorang Imam Ilmu Qiraat .

Fokus utama :

Menekuni kalimat-kalimat Quraniyyah dari segi cara pelaksanaannya seperti panjang atau pendek hukum tajwid ,hukum izhar dan idghom.
Faedah Ilmu Qiraat :

Memelihara dan menyelamatkan seseorang daripada kesalahan dalam bacaan Al-Quran al Karim serta mengetahui setiap bacaan para Imam Qurra dan mampu membezakan setiap bacaan mereka.

Kelebihan Ilmu Qiraat :

Termasuk dalam sebaik-baik ilmu untuk dipelajari kerana berkait rapat dengan Kalam Illahi.Kemuliaan ilmu ini adalah kerana mulianya Al-Quran.

Pengumpulan Ilmu Qiraat :

Dikumpul oleh Imam-imam Ilmu Qiraat dan diriwayatkan bahawa orang pertama yang mengumpulkannya ialah Imam Abu Umar Hafs bin Umar ad Duuri.


Pembukuan Ilmu Qiraat :

Orang pertama melakukan hal ini ialah Abu Ubaid al Qaasim bin Salam
(wafat 224 H)

Sumber pengambilan :

Melalui riwayat-riwayat yang sahih dan mutawatir daripada Imam Qurra sehingga bertemu sanad dengan baginda Rasul SAW.

Hukum mempelajari :

Fardu kifayah

Khilaf atau perbezaan di sisi ulama qurra terbahagi kepada dua bahagian :

1. Khilaf wajib

2. Khilaf jaiz (harus)


Bahagian pertama : Khilaf wajib

Ialah perbezaan pada

(a) Ilmu Qiraat (bacaan)
setiap bacaan ini disandarkan kepada Imam contohnya Ilmu Qiraat Imam Nafi', Ilmu Qiraat Imam Hamzah ,Ilmu Qiraat Imam A'sim .

(b) Riwayat
- bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada orang yang mengambil bacaan daripada sang imam sekalipun dengan perantaraan orang lain contohnya di sebut riwayat Warsy .Maka Warsy boleh disebut sebagai perawi.

( c) Thuruq
- thuruq dalam kaedah ilmu Ilmu Qiraat ialah perawi kepada perawi sebagai contoh thuruq Azraq.Beliau ialah perawi kepada Warsy.


Bahagian kedua : Khilaf Jaiz (harus)

Iaitu perbezaan para qurra dalam memilih bentuk bacaan seumpama bacaan istia'azah ,bacaan basmalah antara dua surah, memilih untuk berhenti secara sukun, roum atau isymam, memilih bacaan dengan kadar panjang (ishba') 6 harakat , tawassut (pertengahan) 4 harakat atau qashar( pendek) 2 harakat.


SENARAI IMAM QURRA BESERTA PERAWI

1. Imam Nafi' al-Madani
- Imam Qalun
- Imam Warsy

2. Imam Ibn Kathir al-Makki
- Imam Bazzi
- Imam Qunbul

3. Imam Abu Amru
- Imam ad Duri
- Imam as Susi

4. Imam Abdullah ibn Amir
- Imam Hisham
- Imam Ibn Zakwan

5. Imam Asim al-Kufi
- Imam Syukbah
- Imam Hafs

6. Imam Hamzah al-Kufi
- Imam Khalaf
- Imam Khallad

7. Imam Kisaie al-Kufi
- Imam Abul Harith
- Imam Ad Duri

8. Imam Abu Jaafar al-Madani
- Imam Ibn Wardan
- Imam Ibn Jammaz

9. Imam Yaakub al-Hadhrami
- Imam Ruwais
- Imam Rauh

10. Imam Khalaf al-A'syir
- Imam Ishak
- Imam Idris


PERBEZAAN ANTARA AL-QURAN DAN ILMU QIRAAT

Menurut Imam Az-Zarkasyi di dalam kitabnya Al-Burhan:

Al-Quran dan Ilmu Qiraat adalah dua hakikat yang berbeza.Al-Quran ialah wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada baginda Nabi SAW sebagai penjelasan untuk umat dan mukjizat (melemahkan cabaran penentang). Sementara Ilmu Qiraat adalah perbezaan lafaz-lafaz Al-Quran pada huruf dan cara membacanya samada takhfif , tasydid dan sebagainya.Semestinya seseorang mempelajari ilmu ini secara mushafahah (diambil dari mulut guru secara bacaan) dan talaqqi (berhadapan dengan guru) .kerana ilmu ini tidak akan diperolehi melainkan secara mendengar dan melalui petunjuk guru.


0 comments: